Thursday 24 October 2013

Bakal Pengantin Dibakar Hidup-Hidup Oleh Bapanya


SANAA - Yaman. Seorang bapa di Yaman sanggup bertindak kejam, membakar anak perempuannya berumur 15 tahun hingga mati kerana dipercayai bertemu tunangnya sebelum hari perkahwinan mereka.

Menurut laman web polis tempatan, suspek berumur 35 tahun dari kampung Shaaba di wilayah selatan tanah tinggi Taez itu bakal didakwa kerana menyebabkan kematian anaknya.

Tindakan membunuh anak perempuan, isteri atau saudara perempuan yang dianggap mencemarkan maruah keluarga adalah perkara biasa di negara itu, walaupun dikecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan pemerhati hak asasi manusia.

Difahamkan, tindakan tidak berperikemanusiaan seperti itu masih diamalkan kebanyakan rakyat miskin di negara semenanjung Arab dan ia sering melangkaui writ kerajaan pusat.  - Al Arabiya

Sumber: Sinar Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online