Friday 18 October 2013

Ayah Maut Di Tangan Anak


KUALA LUMPUR: Seorang warga emas maut dipercayai ditikam anaknya juga disyaki seorang penagih dadah, dalam kejadian di Flat Sri Melaka, Cheras, di sini, kira-kira 3.30 pagi semalam.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian itu, suspek lelaki berusia 39 tahun itu dikatakan tiga kali menikam badan mangsa di dapur rumah mereka sebelum ditahan jiran yang terdengar jeritan warga emas itu.

Mohan Singh berkata, mangsa yang berusia 74 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum disahkan meninggal dunia, kira-kira 8.30 pagi."Pihak polis belum mengenal pasti motif kejadian namun kami percaya ia berlaku ketika suspek berada di bawah pengaruh dadah," katanya.

Beliau berkata polis merampas pisau dan parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk disoal siasat.

Mohan Singh meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Petikan: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online