Tuesday 3 September 2013

Wanita Dipenjara 298 Tahun Kerana Lakukan Hubungan Seks Dengan Suami Orang


Kejadian ini agak pelik kerana melakukan hubungan sulit dengan suami orang biasanya ditangkap khalwat atau tangkap basah. Paling kurang pun diceraikan dan berkahwin. Tetapi hal ini berlaku di Taiwan apabila seorang isteri melaporkan kecurangan suaminya sendiri.

Kenyataan akhbar harian metro:


Taipei: Seorang wanita dari daerah Changhua dijatuhkan hukuman penjara 298 tahun kerana tidur dengan jirannya. Akhbar Want China Times melaporkan, wanita berusia 56 tahun itu yang dikatakan memiliki sebuah restoran yang menyediakan hidangan ular didapati menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 50 tahun dikenali sebagai Chang antara 2006 hingga 2011. Pasangan itu sering bertemu di hotel beberapa kali seminggu. 


Isteri Chang memfailkan dakwaan terhadap wanita itu kerana menjalin hubungan sulit dengan suaminya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 3,576 bulan ke atasnya untuk setiap empat bulan pasangan itu melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, hukuman ke atas wanita itu ditunda selama dua tahun, tetapi jika dia melanggar tempoh parol, dia mungkin akan menjalani hukuman itu. Chang bagaimanapun tidak menerima sebarang hukuman walaupun terbabit dalam hubungan sulit itu. - Agensi

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online