Friday 6 September 2013

Sebab Lelaki Juga Mandul




" Infertil " atau kurang subur sering dimaknai sebagai urusan kaum wanita. Padahal, kaum lelaki dan wanita sama -sama juga berpotensi menjadi penyebab momongan tak kunjung hadir. Dengan kata lain, infertil adalah persoalan pasangan .

Faktanya , dalam 50 tahun terakhir tahap kesuburan lelaki terus berkurang. Lelaki dewasa ini mempunyai tahap kesuburan separuh dari yang dimiliki lelaki yang hidup pada dekad 60 -an. Kemandulan lelaki juga terus menurun sampai dua peratus setiap tahun.
Secara umum doktor menyebutkan bahawa jika suatu pasangan tidak kunjung hamil, sepertiganya adalah adanya masalah pada organ pembiakan wanita, satu pertiga kerana gangguan pada tubuh lelaki dan sepertiganya gabungan dari kedua-dua faktor itu .

Dalam sebuah kajian di United Kingdom terhadap 708 pasangan yang kurang subur dijumpai kelainan pada sperma sebagai punca utama kemandulan .
 

Lantas, apa saja yang boleh membuat sel sperma berenang lebih lambat , mempunyai bentuk yang abnormal sehingga tidak boleh menyuburkan sel telur? Penyebabnya boleh kerana faktor genetik tetapi juga boleh dicetuskan oleh gaya hidup. Berendam di air panas bukan satu- satunya penyebab , masih ada beberapa penyebab kelainan pada sperma lain yang mungkin belum anda ketahui.

 
Kelainan genetik

 
Mutasi genetik yang menyebabkan hilangnya pelapis karbohidrat sekitar sperma akan mengurangkan kemampuan berenang sperma. Jika seorang lelaki mewarisi gen mutan ini dari ayahnya atau ibunya, mereka akan sukar menghamili .
Obesiti
Kegemukan berlebih akan mempengaruhi kesihatan tubuh, termasuk setiap sel -sel tubuh.

Pekerjaan

Beberapa bidang pekerjaan yang menyebabkan anda duduk lama akan menyebabkan jumlah sel sperma berkurang kerana peningkatan suhu skrotum .
Ketagihan alkoholSeorang penagih alkohol mempunyai sel sperma normal 30 peratus lebih rendah.

Gangguan seksual
Gangguan seksual seperti ejakulasi awal akan membuat sel sperma tidak pernah boleh mencapai saluran pembiakan wanita untuk bertemu sel telur.

 
Perokok
Salah satu kesan buruk menghisap rokok adalah berkurangnya kemampuan gerak sperma.

 
Kurang gizi
Tubuh memerlukan vitamin C, zinc , vitamin E dan beta karotena untuk menghasilkan sel sperma yang sihat.

 
Paparan toksin

Racun- racun atau toksin seperti racun perosak dan timah boleh merosakkan sperma.
Laptop
Kebiasaan memangku laptop sebaiknya dielakkan. Satu jam memangku laptop akan menaikkan suhu skrotum sampai dua darjah.

Sumber: kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online