Monday 23 September 2013

Risiko Lakukan Hubungan Seksual Ketika Isteri Masih Dalam Haid



Bercinta merupakan kegiatan yang paling ditunggu bersama pasangan. Namun jika isteri sedang haid, sepertinya anda perlu lebih bersabar menunda aktiviti yang satu ini.
 

Ini kerana tingginya risiko melakukan hubungan seksual saat isteri sedang haid, terutama bagi kesihatan si isteri. Profesor Ali Baziad, pakar kesihatan kandungan dari Fakulti Perubatan Universiti Indonesia (FKUI) mengatakan, ada sejumlah risiko yang akan dihadapi perempuan yang melakukan hubungan seksual di saat haid.
 

Pertama, risiko endometriosis, iaitu membaliknya darah "kotor" haid ke rahim, bahkan organ-organ lain. Keadaan ini akan mengakibatkan perlengketan darah haid tersebut pada tempat yang tidak seharusnya, dan berkembang menjadi rangkaian baru.
 

"Jika sudah terjadi perlengketan dan menampung darah, endometriosis akan menyebabkan kesakitan, baik semasa haid ataupun saat berhubungan seks," katanya.
 

Endometriosis bahkan dapat berkembang menjadi kista yang kesannya cukup serius, seperti sukar mempunyai anak. Menurut Ali, endometriosis memang bukanlah penyakit yang menyebabkan kematian, tetapi kesannya boleh menurunkan kualiti hidup.
 

Selain itu, berhubungan seks saat haid juga meningkatkan risiko jangkitan. Hubungan intim biasanya akan menimbulkan luka, dan sperma yang tidak steril boleh masuk ke dalam tubuh sehingga menimbulkan jangkitan.
 

Saat haid, wanita juga mengalami penurunan hormon estrogen, yang artinya cecair lubrikasi sedang berkurang. Oleh kerana itu pula, organ faraj terdedah terluka dan menimbulkan rasa tidak selesa apabila melakukan seks.
 

Sebuah kajian dalam The Journal of Sexual Medicine mengatakan, waktu paling tepat untuk berhubungan seksual iaitu sekitar 14 hari selepas kitaran haid. Ini kerana klitoris akan membesar kira-kira 20 peratus dan lebih peka terhadap rangsangan, lebih mudah mencapai orgasme, dan tentunya lebih minim risiko.


Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online