Sunday, September 15, 2013

Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua



Kejadian menyayat hati ini berlaku akibat masalah keluarga dan juga kemungkinan tekanan perasaan. Sebenarnya , tekanan perasaan boleh memberi keburukan jika tidak dapat dikawal dengan baik. Makanya, jadilah seperti ini apabila seorang anggota polis telah menembak isterinya dan juga bapa mertua sebelum dia sendiri membunuh diri. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak dengan terlalu awal. kejadian ini berlaku ada puncanya dan pembaca dan juga penulis tiak tahu keadaan sebenar sebab kejadian ini terjadi. kita tunggu berita panjang lebar mengenai kes ini. 


Kenyataan akhbar Sinar Harian:

SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang dipercayai menghidap sakit mental dilaporkan menembak isteri dan bapa mertuanya, malam tadi.


Menurut sumber, anggota polis berkenaan yang bertugas di salah sebuah pondok polis di Labis, Johor dipercayai telah menembak mati isterinya di pondok polis di tempat dia bertugas sebelum datang ke Tangkak dan menembak bapa mertuanya.


Suspek kemudiannya dilaporkan telah menembak dirinya sendiri dan mati ditempat kejadian.

Sinar Harian Online difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan daripada masalah keluarga.

Anggota polis berkenaan dan isterinya dilaporkan pernah merujuk ke jabatan agama.

Suspek juga dikatakan mempunyai masalah mental tetapi tidak pernah dirujuk di mana-mana hospital.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online