Monday 16 September 2013

Pendek Umur Jika Pasangan Tidak Mempunyai Anak?


Artikel kali ini membicarakan tentang pasangan yang tidak mempunyai anak dikatakan umurnya lebih pendek daripada pasangan yang ada anak. Kajian yang dilakukan di luar negara menjelaskan hal ini. Apa pun, ajal maut adalah di tangan  tuhan. Ini hanyalah kajian yang dijalankan.

Artikel dipetik daripada Kompas.com:

Kehadiran anak dalam perkahwinan bukan hanya melengkapi kebahagiaan, tetapi juga boleh membuat seseorang lebih panjang umur. Kajian yang dilakukan di Denmark menunjukkan, pasangan yang tidak mempunyai anak cenderung meninggal lebih cepat.
 

Kajian yang dimuat dalam The Journal of Epidemiology and Community Health itu mengamati lebih daripada 21,000 pasangan yang melakukan program bayi tabung (IVF). Hasilnya diketahui, mereka yang tidak berjaya hamil berisiko empat kali lebih besar untuk meninggal lebih dahulu berbanding dengan wanita yang berjaya menjadi ibu.
 

Kendati begitu, risiko kematian awal itu masih tergolong rendah, yakni hanya 316 orang dalam kurun waktu 11 tahun. Para penyelidik juga menegaskan bahawa kaitan antara dua perkara tidak sama dengan sebab akibat.
 

Dari hasil analisis tersebut ditemukan wanita yang tidak mempunyai anak berisiko empat kali lebih besar untuk meninggal kerana penyakit peredaran, kanser, dan kemalangan berbanding dengan wanita yang punya anak. Pada lelaki risikonya sekitar dua kali lebih besar. Akan tetapi, belum diketahui apakah penyebab dari kaitan tersebut.
 

Menurut Ingrid Collins, perunding psikologi, pasangan yang mengikuti program bayi tabung tentu mempunyai harapan yang tinggi untuk memiliki anak. "Jika program itu gagal boleh menyebabkan kemurungan, dan ini mungkin berpengaruh pada kesihatannya," katanya.
 

Para ahli psikologi menyebutkan, tidak mempunyai anak meski sudah berusaha keras boleh menurunkan semangat hidup. Oleh kerana itu, diperlukan sokongan emosional dari keluarga dan lingkungan berdekatan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online