Thursday 5 September 2013

Pelakon Popular Hantar Gambar Lucah Kepada isteri Orang



Seorang ahli perniagaan telah membuat laporan polis terhadap seorang pelakon popular kerana menggangu keharmonian rumahtangganya. Apa pun kita perlu menunggu dahulu berita yang akan keluar seterusnya. Biasanya hal sebegini berlaku apabila pergaduhan berlaku antara suami dan isteri lalu cara mudah dengan berhubungan dengan orang ketiga. Kita tunggu siapakh pelakon itu dan rasanya, pembaca semua sudah boleh meneka selebriti tersebut.

Kenyataan akhbar kosmo:

JOHOR BAHRU - Seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun membuat laporan polis terhadap seorang aktor popular yang didakwa mempunyai skandal dengan isterinya sejak beberapa bulan lalu. Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.

Lelaki itu yang tinggal di sini juga dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti tersebut yang disifatkan telah mengganggu keharmonian keluarga dan rumah tangganya. Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online