Saturday, September 7, 2013

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia


Al Fatihah kita sedekah kepada pelakon hebat yang selama ini bertarung nyawa melawan penyakit. Allahyarham merupakan pelakon yang menjadi kegemaran pengarah untuk watak ibu dan perempuangarang. Apa pun, kita kehilangan sebutir lagi permata yang bersinar. Marilah kita sama-sama mendoakanagar roh allahyarham ducucri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orangbyangb beriman.


Kenyataan akhbar Sinar:

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online