Saturday 21 September 2013

Mati Sebab Hendak Memasak


Kejadian ini agak pelik bagi kita yang suka makan tetapi tidak suka memasak. Kejadian berebut siapa yang hendak masak berkhair dengan kematian. Memang tidak berbaloi. Mungkin inni hanya penyebab setelah ada isu yang lebih besar berlaku sebelum kejadian. 

Petikan akhbar.

AMPANG - Hanya kerana berebut hendak memasak, seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam dipercayai oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.30 malam dan 8.45 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 35 tahun itu ditikam pada bahagian rusuk kiri.

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri mangsa," katanya, semalam.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga rakan serumah mangsa berusia 28 tahun.

"Lelaki itu kita tahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini motif awal dipercayai ada kaitan dengan hal memasak.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat.

Difahamkan, rumah terbabit disewa mangsa bersama kira-kira 15 lagi lelaki Bangladesh.

Sumber: Sinar Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online