Friday 27 September 2013

Mat Yo Pasang Pengawal Kes Video Terlampau


Kes video yang dikatakan terlampau oleh orang ramai melibatkan isteri Mat Yo dan pengawal keselamatan menyebabkan Mat Yo mengupah pengawal peribadi. Mungkin pengawal itu tidak akan dimaki oleh isteri beliau kerana pengawal itu pandai. Inilah orang kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Harap Mat Yo dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik agar beliau dapat menumpukan kepada kerjanya sebagai pemain bole sepak. Kepada beliau juga, harus menasihati isteri agar lebih berhati-hati dalam berkata-kata. Bukan isteri beliau sahaja yang berperangai begitu, ramai lagi wanita yang ada diluar sana bermulut seperti itu. Kadang-kadang tidak sepadan dengan rupa bila mereka mula berkata-kata.

Kenyataan akhbar Kosmo:

JOHOR BAHRU - Kontroversi isu pengawal keselamatan, Azman Mohd. Nayan yang dikatakan dimaki hamun dan ditendang isteri pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo, bertindak di luar jangkaan semalam apabila memasang pengawal keselamatan semata- mata untuk mengelak dirinya daripada ditemu bual pihak media.

Tindakan terdesak itu dilakukan sebaik sahaja penyerang sensasi itu tamat sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini pukul 6.50 petang.

Media yang datang seawal pukul 4.30 petang terlebih dahulu dikecewakan oleh Mat Yo apabila beliau enggan melayan wartawan dan hanya berkata: "Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan)."

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online