Saturday 14 September 2013

Lelaki 66 Tahun Mati Selepas Memuaskan Nafsu Dengan Pelacur


Perkara ini berlaku di Malaysia, bukan di Mexico, China atau India. Sepatutnya usia lanjut sebegini tidak perlu lagi melanggani pelacur. Masih banyak kerja lain yang boleh dibuat. Apa boleh buat, nafsu manusia tidak dapat dikawal jika melibatkan nafsu shawat. 

Kenyataan akhbar:

MUAR – Seorang warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas melanggan pelacur di sebuah hotel bajet di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, lelaki berkenaan yang berumur 66 tahun, dilihat sendirian memasuki perkarangan hotel berkenaan pada jam 10 pagi.

Lelaki terbabit yang masih bujang diberitahu mendaftar masuk sebuah bilik yang terdapat lima pelacur, namun pengsan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama salah seorang daripada wanita terbabit.

Kesemua wanita terbabit yang panik melihat keadaan lelaki terbabit bertindak memanggil pemilik hotel berkenaan untuk memaklumkan insiden berkenaan sebelum menghubungi ambulans.

Hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini mendapati warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumber: Sinar Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online