Tuesday 3 September 2013

Lampias Nafsu Dalam Pondok Jaga


Apabila nafsu telah menguasai diri, tempat bukan lagi menjadi perkara penting. Akhirnya pondok jaga yang sangat tidak sesuai dijadikan port melampiaskan nafsu. Biarpun mereka warga Indonesia, namun perkara ini sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan umat Islam.

Kenyataan Akhbar Sinar Harian:

BATU PAHAT - Seorang pengawal keselamatan menjadikan pondok tempat bertugas di sebuah pusat kutipan sawit di Parit Sulong, di sini, sebagai ‘port’ melampiaskan nafsu bersama pasangannya.

Bagaimanapun, perbuatan sumbang yang dilakukannya selama ini berakhir apabila pasangan terbabit dicekup kira-kira jam 1 pagi dalam serbuan Ops Maksiat, kelmarin.

Timbalan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan tersebut yang berusia sekitar 30an telah lama melakukan perbuatan terkutuk sebelum  aduan dibuat oleh orang ramai.

Menurutnya, pasangan warga Indonesia Islam itu ditahan selepas pemeriksaan  mendapati mereka tiada ikatan perkahwinan yang sah.

“Selepas pintu dibuka, pemeriksaan dilakukan di dalam bilik dan mendapati pasangan terbabit bukan mahram, tetapi mereka berlagak seperti suami isteri.

“Lelaki itu memberikan alasan pasangannya hanya ingin menumpang tidur di pondok berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Saiful Ariffin berkata, kedua-duanya banyak mendiamkan diri ketika disoal siasat berkemungkinan terkejut dengan serbuan dan pemeriksaan dilakukan.

Menurutnya, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses selanjutnya sebelum dituntut waris masing-masing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(a)(b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

“Pasangan kekasih dinasihati agar tidak terjerumus dengan khalwat atau sebarang kegiatan tidak berfaedah demi masa depan  masing-masing,” katanya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online