Monday 16 September 2013

Ketua Syiah Kedah Buat Laporan Terhadap Mufti


ALOR SETAR: Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan hari ini membuat laporan polis terhadap Mufti kerajaan negeri Kedah Datuk Syeikh Baderudin Ahmad yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan spekulasi berkaitan ajaran yang mereka anuti.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 3 petang tadi dengan mensabitkan Baderudin telah secara sengaja mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini seolah-olah tidak tenteram.

"Kenyataan Baderudin pada 13 September lepas tidak benar kerana selama ini kami tidak pernah membuat sebarang provokasi terhadap masyarakat dan sama sekali tidak berhasrat menyebar fahaman Syiah di Kedah," katanya kepada media selepas membuat laporan itu.

Abdullah juga berkata pihaknya tidak akan berhenti mengamalkan ajarah Syiah dan sekiranya perlu bahan bacaan berkenaan ajaran Syiah akan diterbitkan bagi menjawab segala fitnah yang dilontarkan kepada mereka. - Bernama

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online