Monday 16 September 2013

Kesatuan Minta 27 Institut Perguruan Dinaiktaraf Jadi Universiti


Berita baik untuk pensyarah IPG atau cikgu-cikgu kat IPG kerana kesatuan telah meminta IPG dinaiktaraf sama dengan universiti awam lain di Malaysia. Ini bermakna, berlaku banyak perubahan jika berjaya dilaksanakan. Antaranya perubahan gred DG kepada DS dan gelaran DR yang digunakan rasanya lebih bernilai jika dibandingkan dengan penggunaanya sekarang. Jelas jika dinaiktaraf  Universiti banyak kebaikan yang diperolehi. Justeru, marilah kita sama-sama mendoakan ada sesuatu yang baik dalam pembentangan belanjawan nanti.

Kenyataan akhbar kosmo:

KANGAR - Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) hari ini meminta Kementerian Pendidikan menaikkan taraf Institut Pendidikan Guru (IPG) kepada taraf universiti. 

Presidennya, Datuk Jemale Paiman berkata, sudah sampai masanya 27 IPG di seluruh negara menjadi Universiti Pendidikan Guru (UPG) sejajar memartabatkan profesion guru.

"Pembangunan sektor pendidikan yang sentiasa berkembang memerlukan lebih banyak guru siswazah di negara ini. "Itulah sebabnya KKGLMSM berharap 27 IPG seluruh negara dinaikkan taraf sebagai universiti," katanya dalam sidang media selepas menghadiri persidangan perwakilan ke-39 KKGLMSM di sini hari ini.
Perkara itu merupakan satu daripada enam resolusi yang diputuskan pada persidangan perwakilan yang disertai 80 perwakilan dari seluruh negara. 

Kesatuan itu turut menggesa kerajaan melaksanakan segera pelantikan 10,000 kakitangan sokongan yang khusus bagi membantu guru dalam pengurusan dokumentasi, data pemeriksaan kesihatan, merekod aset dan amalan pemakanan serta susu.

Katanya, guru kini mempunyai tugas yang banyak dan dengan pelantikan kakitangan sokongan itu akan dapat mengurangkan bebanan tugasan guru. - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online