Monday 2 September 2013

Kakitangan Awam Terjun Tingkat Dua Hotel Takut Ops Zina



Seorang kakitangan awam dikatakan maut setelah terjun daripada tingkat dua hotel di Selayang. Dia dikatakan takut kepada ops zina yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Apa pun, pada usia sebegitu sememangnya perlu bermuhasabah diri. Kita tunggu sahaja berita yang mungkin akan dikeluarkan selepas ini.


Kenyataan akhbar metro mengenai kejadian terjuanan maut ini:

Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.

Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online