Thursday 19 September 2013

Kahwin Mut'ah Puak Syiah Di Sabah Ditolak


PAPAR: Tujuh belas permohonan dikemukakan untuk berkahwin secara Mut'ah oleh pengikut Syiah di daerah ini sejak 2010 hingga 2012, kata Mufti Kerajaan Negeri Ustaz Bungsu Aziz Jaafar.Beliau berkata, permohonan itu dibuat ke pejabat daerah dan tidak melalui jabatan agama Islam kerana tugas dan tanggungjawab pegawai daerah yang  boleh meluluskan permohonan berkenaan.

"Namun permohonan ditolak walaupun pegawai daerah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat akuan sumpah itu," katanya ketika ditemui sempena seminar Akidah dan Ancaman Syiah di Dewan Masyarakat, Papar, di sini. Katanya, fatwa larangan mengamalkan ajaran Syiah di kalangan umat Islam di negeri ini terlalu umum dan menyebabkan ahli kumpulan ini berusaha untuk menyebarkan ajaran ini melalui pelbagai cara.

"Antaranya termasuklah perkahwinan secara Mut'ah, jalinan perniagaan, parti politik, pusat pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan". Menurut Bungsu, ajaran Syiah di Sabah belum berada di tahap membimbangkan.

Namun dalam fatwa yang akan datang undang-undang yang berkaitan dengan Syiah  akan diperkemaskan bagi menghalang penyebaran fahaman itu. - Bernama

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online