Monday 30 September 2013

Isteri Kedua Penggal Kepala Suami Tak Tahan


Chennai: Kerana tak tahan diganggu suaminya, seorang wanita muda memenggal kepala lelaki itu sebelum menyerah diri kepada polis. Menurut laporan Times of India, wanita berusia 21 tahun itu adalah isteri kedua si mati.

Mangsa, penarik beca berusia 28 tahun dan tinggal di Tamil Nadu, sebelum ini berkahwin dengan wanita lain dan sudah mempunyai dua anak apabila berkahwin dengan suspek. Hubungan antara kedua-dua wanita itu baik tetapi masing-masing tidak tahan dengan sikap si suami yang panas baran dan sering memukul kedua-dua isterinya sehingga mendorong mereka pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.

Si suami mengunjungi isteri keduanya Sabtu lalu dan merampas wangnya. Suspek bertindak menyerang lelaki itu, dengan mencampakkan serbuk cili pada muka mangsa.

Sebaik lelaki itu terjatuh, isterinya mengambil sabit dan memenggal kepala mangsa. Dia kemudian menyerah diri di balai polis berhampiran bersama-sama dengan senjata yang berlumuran darah.
Menurut polis, mangsa mempunyai rekod aktiviti antisosial. - Agensi

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online