Monday 23 September 2013

Fakta Sebenar Nasi Kandar Pelita


Jika selama ini kita mendengar tentang kisah Restoran Nasi Kandar Pelita yang dikatakan pemilikanya adalah milik bukan orang Islam, hari ini kisah itu terungkai dengan membaca fakta yang dicari dan dirungkaikan oleh saudara Mazidul Akmal Sidik. Selama sebulan ini, penulis tidak lagi mengunjungi Restoran Nasi Kandar Pelita di Sungai Dua Pulau Pinang selesai sahaja kuliah atau pertemuan dengan penyelia di USM. Alhamdulillah selepas ini penulis akan berkunjung kembali ke restoran nasi kandar tersebut. Bukan selalu penulis ke situ. 
Saudara Mazidul mencari fakta sebenar mengenai isu RNKP


Untuk menjernihkan kekeliruan pembaca, sila lawat dan baca Blog Saudara Mazidul Akmal mengenai fakta sebenar Restoran Nasi Kandar Pelita. Penulis hairan kenapa orang Malaysia suka menabur fitnah untuk menutup rezeki orang lain. Penulis percaya bahawa 90 peratus pembaca akan mempercayai tentang fitnah yang ditabur. Itulah sikap kita orang Malaysia yang sangat mempercayai sesuatu tanpa berfikir dan menerima bulat-bulat sesuatu yang belum sahih kebenaranya. Penulis sendiri dimomokkan dengan Restoran Nasi Knadar Pelita milik orang India. 

Penulis juga hairan mengapakah restoran seperti ini yang menjadi mangsa  fitnah sedangkan banyak lagi restoran bukan milikan bumiputera dan orang Melayu yang status halalnya meragukan. Namun ramai orang Melayu yang masuk dan makan di situ. Kepada pembaca sekalian, fikirkan fitnah yang telah kita sampaikan sebelum ini. Belum terlambat untuk perbetulkan semuala apa yang telah kita sampaikan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online