Monday 9 September 2013

Fahaman Syiah Mengarut Kata Bekas Pengikut


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang bekas pengikut Syiah mengambil keputusan meninggalkan fahaman itu selepas mendapati ajaran tersebut karut dan boleh memecah-belahkan masyarakat. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berasal dari Bangkok, Thailand berkata, dia mula menyedari terdapat beberapa amalan Syiah amat mengelirukan selepas enam tahun menganut fahaman tersebut.

Antara amalan yang disifatkan sebagai karut katanya, ialah 'taqiyah' atau berpura-pura, solat tiga kali sehari dan perkahwinan mutaah.

"Selepas beberapa ketika saya mengikut fahaman Syiah, saya mula terfikir adakah Syiah ini satu fahaman yang benar. Saya kemudian merujuk dengan beberapa ustaz dan mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu Syed Ibrahim berkata, berdasarkan pengalamannya, Syiah sememangnya boleh memecah-belahkan masyarakat terutama keluarga dan itulah hakikat yang berlaku selama ini. Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita, beliau mengakui tentang kepetahan pendakwah- pendakwah Syiah dalam menarik minat umat Islam lain mengikuti Syiah.

"Di sini letaknya peranan ibu bapa serta para ustaz, ustazah dan semua pihak untuk sentiasa menasihat anak-anak kita daripada terpengaruh dengan fahaman songsang ini," ujarnya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online