Wednesday 4 September 2013

Dipukul Suami Ketika Berpantang Baru 16 Hari.



Seorang lelaki mengaku bersalah kerana memukul isterinya yang pada ketika itu masih dalam pantang.Pergaduhan berlaku punca daripada si suami yang kononya mencuri duit isteri sebanyak RM30 untuk beli dadah.

Kenyataan akhbar sinar harian:



KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan memukul isterinya yang masih dalam pantang selepas 16 hari bersalin.


Pengakuan itu bagaimanapun terpaksa ditolak mahkamah selepas tertuduh, Rahizol Azri Abdul Rahim, 34, pula menafikan fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan.


Tertuduh yang beralamat di Kampung Pauh Panji, didakwa sengaja menyebabkan cedera dengan memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki terhadap Siti Ramatunisa Mohamad Jalai, 25. Ia berlaku pada jam 1.30 petang, 7 Jun lalu, di rumah keluarga terbabit di Simpang Pauh Panji, di sini.


Berdasarkan fakta kes, isterinya menyedari RM30 dari akaun banknya tiada, pulang ke rumah dan bertanya kepada suami adakah dia mengambil duit itu untuk membeli dadah berdasarkan penemuan tiub straw di dalam bilik mandi rumah mereka.


Pertengkaran kecil itu kemudian didengar ibu lelaki itu sebelum bertindak memarahi pengadu. Tertuduh kemudian memukul pengadu sebelum dia cuba lari untuk menyelamatkan diri. Malangnya ibu mertuanya menghalang pengadu, pun begitu dia berjaya melepaskan diri.


Pada prosiding semalam, tertuduh menggelengkan kepada yang tidak mengakui fakta itu menyebabkan Majistret, Mohd Isa Mohamed menetapkan tarikh untuk perbicaraan.
Kes bersambung 30 September ini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online