Friday 6 September 2013

Buka Baju Puaskan Nafsu Lelaki Bersenjata




Akibat takut diapa-apakan seorang wanita terpaksa menurut dan membiarkan dirinya diraba dan memuaskan nafsu lelaki bersenjata yang masuk ke rumah sewanya. Dia bernasib baik tidak dirogol dan dibunuh. Jika tidak, satu lagi mangsa rogol dan bunuh akan berlaku di negara kita.

Kenyataan akhbar Sinar:

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita bukan sahaja berdepan mimpi ngeri apabila lenanya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak dikenali bersenjatakan pisau, malah dia turut menjadi mangsa cabul, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Besut, Kemaman, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa, 27, sedang lena tidur di dalam biliknya sebelum terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan di ruang tamu rumah sewanya.

“Mangsa berasa curiga kerana ketika itu, hanya dia bersendirian sementara rakan yang lain tiada di rumah.

“Disebabkan ketakutan, mangsa mengambil keputusan mendiamkan diri di dalam bilik sebelum secara tiba-tiba suspek telah masuk ke dalam biliknya dengan membawa senjata dipercayai sebilah pisau,” katanya, semalam.

Sumber berkata, dalam suasana yang gelap itu, suspek mula mengarahkan mangsa membuka pakaian sebelum meraba mangsa dan bimbang diapa-apakan, mangsa yang ketakutan hanya mampu membiarkan suspek memuaskan nafsunya.

“Selepas beberapa minit, suspek kemudian berlari keluar meninggalkan mangsa keseorangan di dalam bilik.

“Disebabkan suasana yang gelap, mangsa tidak dapat mengenal pasti muka suspek dan bentuk fizikalnya,” katanya.

Susulan kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai, Kemaman untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online