Friday 6 September 2013

Bapa Jadikan Anaknya Mangsa Puas Nafsu Sehingga Berusia 18 Tahun



Ini lagi berita tentang haruan makan anak. Tidak boleh dibayangkan anak yang dibela untuk dijadikan pemuas nafsu. Malah, menurut akhbar sedari usia 6 tahun hingga 18 tahun atau sedari usia 12 tahun hingga 18 tahun. Bayangkan bagaimana perasaan anak tersebut yang seringkali menjadi mangsa buas nafsu bapa. kemungkinan selama ini dia diugut sehingga usianya menjangkau 18 tahun baru dibuka cerita.Akhirnya, sekolah  yang dapat membongkarkan kegiatan bapa sendiri selama bertahun-tahun meratah tubuh anaknya tanpa belas kasihan. Inilah, nafsu menguasai akal.


Kenyataan akhbar sinar harian:

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.

Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.

“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.

“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online