Friday 13 September 2013

Akibat Dituduh Jalinkan Hubungan Sulit, Jururawat Cedera Dibelasah Suami


Georgetown: Akibat dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang jururawat cedera dibelasah suaminya dalam satu pertengkaran di sebuah rumah di Taman Desa Relau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 46 tahun mendakwa berada dalam rumah sebelum berlaku perselisihan faham dengan suaminya.  Jurucakap polis berkata, mangsa mendakwa mukanya ditampar, ditumbuk dan ditendang berulang kali sebelum badannya dipijak dan diugut akan dicederakan ketika pergi ke tempat kerja oleh suspek.

Katanya, mangsa yang bimbang akan keselamatan dirinya kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini, bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian akibat suspek mengesyaki mangsa mempunyai teman lelaki.

“Kami sudah mengenal pasti suspek yang berusia 56 tahun dan memintanya tampil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatang kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. 
 
Sumber: Berita Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online