Tuesday 3 September 2013

500 Pelajar UITM Dungun Diperiksa Ekoran Mayat Bayi Dibuang


Untuk menjaga kredibiliti institut pengajian tinggi mereka, pihak UITM akhirnya melakukan pemeriksaan terhadap semua pelajar perempuan di kampus Dungun Terengganu. Perkara yang memalukan itu sepatutnya tidak berlaku dalam kampus. Tetapi nafsu tidak mengenali sesiapa pun. Tindakan UITM Dungun adalah tindakan yang wajar dan sangat bertepatan dengan nama isntitusi itu sendiri. Elok benar, pelaku dihukum setimpal dengan perbuatanya.

Kenyataan akhbar Berita Harian:

Dungun: Semua siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, kini berdepan siasatan polis yang menjejaki suspek pembuangan bayi yang ditemui mati dalam loji kumbahan kampus itu pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pemeriksaan terhadap pelajar wanita universiti itu akan dilakukan apabila mereka melaporkan diri selepas cuti semester berakhir. 

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online