Saturday 28 September 2013

50 Pelajar MRSM Muar Diserang Histeria


Musim peperiksaan telah hadir bagi pelajar-pelajar sekolah di Malaysia. Baru-baru ini pelajar tahun 6 baru sahaja selesai menduduki UPSR dan kali ini pelajar tingkatan 3 dan 5 pula akan menghadapi peperiksaan. PMR dan SPM akan bermula minggu hadapan, justeru kita mendengar berlakunya histeria di sana sini. Adakah mental pelajar sekolah di Malaysia sangat lemah sehingga mereka dirasuk atau meracau tidak tentu arah. Justeru itu, kajian harus dilakukan untuk melihat masalah yang mereka hadapi.

Kenyataan akhbar:

MUAR - Kira-kira 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Batu 6 Bakri, di sini diserang histeria sejak malam Rabu lalu sehingga memaksa pengurusan sekolah membenarkan pelajarnya pulang ke rumah sejak pagi semalam.

Kebanyakan mangsa yang terkena histeria adalah pelajar perempuan dengan mengalami gangguan dan menjerit serta meracau-racau hingga gagal dikawal menyebabkan pihak sekolah kelam kabut. Kejadian tersebut berlaku bukan sahaja pada sebelah malam semasa berada di asrama tetapi juga semasa berada dalam kelas di waktu pagi dan tengahari. - KOSMO!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online