Monday 19 August 2013

Zaquan Minta Rita Cermin Diri Ekoran Kenyataan Pedas Cetek Agama



Kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil  sudah berakhir. Namun begitu, kembar Aidil iaitu pemain JDT telah membalas kenyataan Rita di Twitter. Benarlah seperti yang dikata, akan berlaku lagi perakara yang tidak diingini selepas ini. Mungkin, Rita akan membalas kenyataan ini pula nanti.


Kenyataan kembar Aidil dalam akhbar Sinar harian:

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.


Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.


“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.


“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online