Saturday 3 August 2013

Ulama Tersohor Isytihar Syiah Musuh Islam


Hangat diperkatakan tentang Syiah ini sejak dua menjak ini. Lantaran apa yang berlaku di negara-negara timur tengah menyebabkan golongan ini mendapat liputan luas. Dahulu kita jarang-jarang mendengar golongan ini menonjolkan diri mereka. Tetapi, kini berbeza. Mereka mungkin ditaja oleh persatuan Syiah yang kuat di Iran. Justeru, ulama tersohor  , Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.
Baca lagi mengenai Syiah merupakan golongan yang harus ditolak oleh orang Islam.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini. 

Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah."Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut. Klik Sini untuk berita seterusnya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online