Saturday 3 August 2013

Tukang Tilik Nasib Lebih pandai Daripada Guru


Apa Ada Dengan Telapak Tangan
Seorang guru bolehlah dinaggap penuh dengan ilmu. Walaupun demikian, tidak semua guru berilmu bernasib baik. Seorang guru berusia 41 tahun dikatakan ditipu oleh seorang tukang tilik nasib sebanyak RM280,000. Penulis rasa guru ini bukan beragama Islam kerana bermain dengan tukang tilik dan menikam nombor ekor. Kenyataan akhbar kadang-kadang mengelirukan kerana guru itu bagi mereka sangat luas. Mungkin guru sekolah, guru memandu, guru memasak, guru menjahit dan guru sebagainya. Apa pun guru tersebut seharusnya berfikir dengan waras. Adakah hanya dengan tilik nasib atas sekeping kertas, dia boleh mendapat wang berjuta-juta ringgit. 

Kenyataan akhbar mengenai seorang guru kurang cerdik sedikit daripada tukang tilik.
LABUAN: Gara-gara terperdaya promosi iklan tilik nasib, seorang guru wanita kerugian hampir RM280,000.

Guru berumur 41 tahun itu membuat laporan polis setelah menyedari dirinya ditipu berikutan tukang tilik lelaki itu terus meminta duit sedangkan ramalan sebelumnya tidak memberi pulangan seperti dijanjikan. Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata menurut laporan dibuat wanita itu pada Khamis lepas, dia menerima iklan tilik nasib dalam peti surat rumahnya pada November tahun lalu.
Cuba Tilik Nasib
Katanya wanita itu yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek di nombor telefon pada iklan itu dan suspek memaklumkan dirinya seorang sami dan "master" ilmu tilik dan mampu mengubah nasib wanita itu.

"Suspek mengatakan kepada mangsa yang beliau mempunyai nasib baik dan bakal beroleh keuntungan besar. Terpengaruh dengan ramalan, mangsa bersetuju untuk satu upacara sembahyang dicadangkan suspek dengan wang pendahuluan RM600 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek.

"Selepas upacara sembahyang itu, suspek telah mengirim gambar keputusan nombor ekor 4-digit yang kononnya mangsa telah memenangi hadiah pertama. Ekoran daripada itu, tuntutan wang berterusan daripada suspek kepada wanita berkenaan berlarutan sehingga hampir RM280,000 dengan alasan untuk upacara sembahyang," katanya.

Adzhar berkata polis sedang memburu suspek dan menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan promosi atau bentuk iklan yang mencurigakan yang boleh merugikan mereka sendiri. - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online