Monday 26 August 2013

Rasuah Penguatkuasa Syariah Bila Kena Tangkap Basah


Rasuah Penguatkuasa Dengan Wang Boleh Lakukan Maksiat
Tiga orang penguatkuasa Syariah telah ditahan kerana dipercayai dirasuah golongan yang kena tangkap basah. Keadaan ini menunjukkan bahawa perkerjaan itu mulia, tetapi orang yang melaksanakan perkerjaan itu sahaja merosakkan reputasi perkejaan tersebut. Tiga orang pengutkuasa tersebut, mungkin gelap mata dengan wang yang disogokkan justeru melepaskan sahaja pasangan khalwat yang ditangkap. Bagaimana seseorang itu boleh mempunyai wang berpuluh ribu dalam akaun, kecuali dia melakukan kerja sampingan yang lain. Itu pun dipantau oleh SPRM. Jika anda seorang yang diamanahkan membuat sesuatu kerja yang baik, lakukanlah kerja itu sebaiknya. kepada pembaca sekalian, jika ingin melakukan maksiat bolehlah hubungi pegawai Syariah seperti ini, dan berikan sedikit wang sebagai ganjaran. Dosa siapa yang lebih berat, hanya tuhan yang menentukan. Jika berani..silakan ke negeri yang dinyatakan tersebut atau pun berlaku di mana-mana negeri sahaja sekarang ini. 

Kenyataan akhbar berkaitan penguatkuasa Syaraih makan rasuah orang kena tangkap basah:


Tiga penguat kuasa JAIS kutip puluhan ribu sebulan bebas pasangan kena tangkap


Kuala Lumpur: Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.


Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan.
Suapan bebas dakwaan
Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan.

Sumber : Berita Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online