Sunday 18 August 2013

Puteri Diana Dikatakan Dibunuh Tentera Inggeris


Kisah Puteri Diana sehingga sekarang masih menjadi misteri Banyak kisah yang diperkatakan mengenai kematian tragik Puteri Diana. Terbaru, dikhabarkan bahawa Tentera Inggeris sendiri yang membunuh atau merancang pembunuhan Puteri Diana dan Dodi Al fayed. Mungkin benar, atau mungkin tidak kerana pelbagai versi cerita yang dapat kita ikuti daripada dahulu hingga hari ini.


Artikel yang berkaitan kematian Puteri Diana:

Kepolisian Inggeris, Sabtu (17/8/2013), menerima maklumat baru berkaitan kematian Puteri Diana dan Dodi al-Fayed, termasuk dugaan bahawa ibunda Putera William itu dibunuh seorang prajurit Inggeris. Scotland Yard berkata mereka kini tengah menyiasat maklumat itu dan memeriksa kredibilitinya.


"Kami menyemak maklumat itu namun ini bukanlah penyelidikan kembali (kes kematian Diana)," demikian Scotland Yard. Maklumat itu disampaikan oleh bekas mertua prajurit tersebut kepada polis metropolitan Inggeris melalui kesatuan polis tentera.
 

Putri Diana, Dodi al-Fayed, dan pemandunya Henri Paul tewas selepas kereta Mercedes yang mereka tumpangi melanggar dinding terowong Pont de l'Alma, tak lama setelah mereka meninggalkan Hotel Ritz, Paris pada 31 Ogos 1997.

Penyiasatan kes kematian Puteri Diana ini berlangsung hingga 90 hari dan memeriksa sebanyak 250 orang saksi. Pada 7 April 2008, panel juri memutuskan bahawa Puteri Diana terbunuh akibat kelalaian dalam memandu kenderaan.


Seorang bekas pesuruhjaya polis Metropolitan Lord Stevens dalam laporannya yang diterbitkan pada Disember 2006 menolak dakwaan bahawa Puteri Diana dan Dodi al-Fayed tewas dibunuh. Hasil penyelidikan Lord Stevens menyimpulkan Puteri Diana tidak dibunuh mata-mata Inggeris dan dia tidak sedang hamil saat meninggal dunia.
 

Saat Operasi Paget, nama operasi penyelidikan kematian Diana, ditutup, disimpulkan bahawa pemandu Mercedes, Henri Paul dalam keadaan mabuk melarikan kereta itu terlalu kencang. Hasil bedah siasat menunjukkan darah Henri Paul mengandung 1,74 gram alkokol seliter, atau dua kali had maksimum yang dibenarkan di Inggeris.


Kematian Puteri Diana terus menajdi misteri sehingga zaman yang akan mendatang.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online