Tuesday 13 August 2013

Pengurus Resort Ditahan Benarkan Surau Digunakan


Pengurus resort yang membenarkan penganut agama lain menggunakan surau ditahan untuk sisatan. Tapi, bagi penulis sisatan bagaimanapun, pengurus resort itu akan terlepas daripada hukuman. Percaya atau tidak? Hal ini akan terjadi sekiranya ada ahli politik yang masuk campur urusan ini. Pasti akan terlepas lagi dengan memohon maaf. Penulis beranggapan bahawa rakyat Malaysia memahami budaya dan agama semua kaum di Malaysia. Justeru, sifat hormat menghormati pasti wujud dalam kalangan masyarakat. Tapi sayangnya, kes ini menunjukkan terdapat segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati agama orang lain. Jelas dan nyata bahawa itu merupakan surau. Adakah selepas ini mereka akan meminta untuk mengadakan majlis keagaam dalam masjid yang paling besar di Selangor? Harap rakyat faham dan semua masyarakat faham bahawa respek itu sangat penting. Jangan sampai kaum Melayu hilang rasa hormat kepada bangsa lain akibat tindakan seperti ini.

Kenyataan akhbar berkenaan pengurus resort ditahan untuk sisatan.
JOHOR - Polis Johor menahan pengurus sebuah resort di Tanjung Sedili untuk siasatan kerana dikata membenarkan sekumpulan penganut bukan Islam menjalankan upacara keagamaan di surau resort berkenaan. 

Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pengurus berusia 45 tahun itu ditahan di resort tersebut pada pukul 2.00 petang tadi.
"Satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Ismail Yatim diwujudkan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kes disiasat mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Beliau turut mengingatkan masyarakat Islam supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. 

Polis dijangka membawa pengurus itu ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau. Upacara sembahyang itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu. Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung. - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online