Monday 19 August 2013

Pelakon Terkenal - Adi Putera Dimasukkan Ke Wad Kecemasan


Marilah Kita Berdoa Agar Adi Putra Cepat Sembuh
Pelakon terkenal Adi Putera dimasukkan ke wad kecemasan pagi tadi. Pelakon yang semakin meningkat naik dan diminati kerana lakonan berkulaitinya telah dikatakan mengalami maslah kesihatan. Jika benar berlaku atau kesihatan beliau tidak baik saat ini, marilah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.


Kenyataan akhbar utusan mengenai Adi Putera dimasukkan ke wad kecemasan:


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.

Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.

"Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan," katanya ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Zuhaidah dalam laman Instagramnya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital.

Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak memberikan penjelasan berhubung punca pelakon lelaki digilai itu dimasukkan ke hospital. Adi sebelum Aidilfitri lalu dilapor berada di Mekah kerana menunaikan umrah. - UTUSAN ONLINE

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online