Friday, August 16, 2013

Mesir: Benarkah Mursi Gagal


Kejadian yang menimpa umat Islam Mesir ketika ini sangat menyedihkan. Dikatakan hampir 3000 orang telah tekorban setelah penggulingan Mursi bekas presiden Mesir. Beliau hanya sempat menjadi presiden hanya dalam tempoh setahun. Benarkah Dr.Mursi gagal dalam mentadbir Mesir atau ada agenda jahat daripada ahli Mubarak sehingga berlaku pertumpahan darah yang menyaksikan pasukan tentera bukan lagi sebagai pelindung umat, tetapi sebagai pembunuh rakyat Mesir sendiri.

Petikan artikel mengenai Dr. Mohamed Mursi

erdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa. Baca sepenuhnya di sini.....


Bagi penulis, Jeneral Asisi merupakan Firaun alaf baru dan mengkikut sejarah Islam, kesemua firaun akan dihancurkan oleh Allah, makanya penulis berharap pertolongan Allah akan membalas segala kejahatan yang dilakkukan terhadap rakyat Mesir. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Mesir kembali ke landasan yang betul.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online