Saturday 17 August 2013

Mercedes-Benz Perkenal E-Class Baru


Syarikat permotoran terkenal dunia, Mercedes-Benz memperkenalkan model baru E-Class yang sangat efektif. Biasanya model E-Class ini dikeluarkan dengan ciri-ciri mewah dan mementingkan keselamatan. Didatangkan dengan enjin2.0 bersesuaian dengan bentuk adan kereta yang kecil, sudah tentu sangat berbaloi kepada penggemar kereta mewah ini.

Kenyataan akhbar mengenai Mercedes-Benz E-Class

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) memperkenalkan model baru E-Class yang menampilkan reka bentuk lebih sporty serta disepadukan dengan sistem enjin lebih cekap yang disasar membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen kereta mewah.


Menggabungkan ciri kemewahan, keselesaan dan pelbagai ciri terkini terutama sistem yang dapat membantu menghindar kemalangan, E-Class 2013 dinobatkan sebagai siri E terbaik yang pernah dikeluarkan pengeluar automotif Jerman itu.

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Kai Schlickum, berkata E-Class terbaru itu turut mengorak langkah penting dari aspek keberkesanan dan ekologi apabila ia dipertingkatkan dengan enjin petrol suntikan langsung BlueDIRECT empat lejang.

Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online