Wednesday 21 August 2013

Lin Dan Perlekeh BWF


Setelah kemenanganya dalam perlawanan akhir kejohanan badminton dunia baru-baru ini dilanda kontroversi, Lin Dan tidak menyalahkan Chong Wei. Beliau menyalahkan BWF dia atas apa yang berlaku. Walaupun demikian, beliau tetap menempelak Chong Wei kerana masalah pendingin hawa bukanlah masalah besar kepada pemain yang hebat. Lin Dan tetap perlekehkan badan induk tersebut yang dianggap tidak layak kerana mereka bukan pemain badminton.


Artikel berkaitan Lin Dan tempelak BWF

Bintang badminton China, Lin Dan menempelak badan induk badminton dunia selepas gelaran juara dunia kelima yang dimenanginya baru-baru ini dihimpit kontroversi yang berlaku setahun selepas skandal di Olimpik London.

Dalam satu temubual, “Super Dan” mempersoalkan sama ada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) faham dengan kehendak serta keperluan pemain selepas badan induk dunia itu menyiasat dakwaan kerosakan pendingin hawa ketika perlawanan akhir membolehkan dia menang ke atas pemain nombor satu, Datuk Lee Chong Wei.

Dan bintang berusia 29 tahun itu turut me­ngaitkan BWF dengan episod memalukan ketika Olimpik tahun lalu yang menyaksikan lapan pemain termasuk dua dari China, dibatalkan penyertaan masing-masing selepas dikatakan sengaja kalah kepada lawan.


Ketika perlawanan akhir perseorangan lelaki kejohanan dunia di Guangzhou, pendingin hawa stadium berkenaan dimatikan pada permulaan set kedua dan secara kebetulan, Lin Dan muncul pemenang pada set berkenaan. 


Lin Dan yang tewas pada set pertama, menang set kedua untuk mengikat kedudukan dan ketika suhu semakin memuncak di set penentuan, Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kekejangan paha di hujung permainan. 


Jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock menyalahkan kegagalan pendingin hawa untuk berfungsi sebagai punca yang mengakibat­kan anak buahnya me­ngalami kekejangan otot dan beliau menambah pemainnya tidak boleh bernafas dengan baik dalam keadaan sebegitu. Pegawai perlawanan menafikan mereka mematikan alat pendingin hawa berkenaan.


Tetapi Lin Dan berkata, kedua-dua pemain berdepan suasana sama dan berkata senario berkenaan boleh membantu mening­katkan tahap permainan masing-masing.


“Pertama­nya, anda tidak boleh menanyakan soalan itu kepada saya kerana ketika saya berada di gelanggang, saya tidak hiraukan apa saja yang berlaku di sekeliling,” kata Lin Dan.


“Keduanya, saya rasa keadaan kami adalah seimbang. Ketiga dan yang paling penting, jika pendingin hawa di matikan, saya harap ia benar-benar dimatikan kerana ia akan meningkatkan tahap permainan terbaik seseorang pemain itu.”


Dia menambah: “Ramai orang termasuk yang berada dalam BWF sendiri, tidak faham apakah masalah utama badminton dan apa yang sukan itu perlukan kerana sebahagian besar pegawai bukanlah pemain.Baca seterusnya......

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online