Wednesday 7 August 2013

Lagi Kes Tembakan Di Kulim


Gambar Hiasan
Bulan ini sahaja beberapa kali kita dengar kes tembakan berlaku. Minggu lepas seorang guru ditembak di simpang empat Keladi Kulim. Dan hari ini berlaku satu lagi kejadian tembakan di Lunas Kulim menyebabkan seorang lelaki cedera parah. Kejadian berlaku pada tengah malam semalam. Kejadian yang berlaku selang seminggu ini menyebabkan kawasan Kulim kini sangat merbahaya. Mungkin dendam menjadi puncanya.

Kenyataan akhbar Utusan mengenai kes tembakan di Kulim.

KULIM 7 Ogos - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki di Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika mangsa, 26, yang berasal dari sini dalam perjalanan melawat keluarganya di Pondok Labu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mangsa yang memandu kereta ketika kejadian telah ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, kini dirawat di Hospital Kulim. - UTUSAN

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online