Sunday 25 August 2013

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana " Cap Ayam" Sarawak Menang Bergaya



Hangat diperkatakan mengenai stesen radio swasta ERA Fm yang deejay mereka mengeluarkan komen Cap Ayam kepada pasukan Sarawak. Biasalah, mulut kita kadang-kadang tidak dapat dikawal. Tambah-tambah menjadi juruhebah. Johara sepatutnya lebih berhati-hati dalam menjadikan sesuatu isu itu sebagai tajuk perbincangan. Mereka bertiga mungkin tidak sengaja atau untuk bergurau, tetapi bergurau seperti itu membuatkan rakyat Sarawak marah. Dan, pada malam ini juara Cap Ayam mengalahkan juara Liga Super dengan keputusan 2-1. Hal ini berkaitan permainan yang subjektif. Liga Malaysia dan Singapura lebih kurang sahaja. Sebab itu, tidak perlulah melabel sesebuah pasukan dengan perkataan yang kurang ajar. Makanya, JOHARA perlu minta maaf atas ketidaksengajaan mereka ataupun mereka sengaja. Kepada rakyat Sarawak, maafkanlah mereka kerana kerja juruhebah ini, mulut tidak dapat dikawal.


Kenyataan Pegawai Astro berkenaan Cap Ayam:

MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara. Baca seterusnya......




2 Comments:

MelayuRasis said...

Melayu melayu..

Anonymous said...

Coba dtang sarawak lok,lom sempat ko trn belon johan,palak kau dah kenak parang kali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online