Wednesday 28 August 2013

Kenderaan Pacuan Empat Roda Berenang Dalam Empangan



Pacuan Empat Roda Cuba Menyeberangi Tasik Timah Tasoh Perlis
Melihat tajuk entri terkini agak pelik bagaimana kenderaan pacuan empat roda boleh berenang dalam empangan atau tasik. Hal yang sebenarnya kenderaan itu terbabas lalu terjunam ke dalam Empangan Tasik Timah Tasoh di Perlis. Jika kita lihat, kenderaan itu seolah-olah berenang. Dalam kenderaan itu terdapat dua orang penjenayah yang cuba melarikan kenderaan itu ke negara jiran , Thailand. Walaubagaimanapun, mereka tersilap jalan dan memasuki jalan mati lalu terhumbang ke dalam tasik. Inilah yang dikatakan cerdik tidak bertempat. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terhumban ke dlam tasik juga.


Kenyataan akhbar Metro berkenaan kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam tasik:

PADANG BESAR: Dua lelaki dicekup bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dicuri mereka selepas terperangkap apabila kenderaan dipandu mereka itu terhumban ke dalam Empangan Timah Tasoh, di sini, semalam.

Difahamkan, mereka yang masing-masing berusia 31 dan 28 tahun tersalah jalan ketika cuba menyeludup keluar kenderaan itu dan memandu terus ke dalam empangan berkenaan ketika melalui jalan mati yang terletak di dalam kawasan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Timah Tasoh di sini.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online