Monday 19 August 2013

Kemaluan Suami Dipotong Sebab Curang Dengan Lelaki


Nampak tajuk entri agak pelik, tetapi itulah berlaku apabila seorang suami bernasib baik apabila kemaluanya masih boleh digunakan setelah dipotong oleh isteri. Mengapakah isteri sanggup berbuat demikian? Hal ini adalah kerana isteri mengetahui bahawa suaminya telah curang dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki. Kejadian ini berlaku di Brazil.

kenyataan akhbar mengenai Kemaluan dipotong isteri akibat curang:

Sao Paulo: Seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang terhadapnya dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki.

Sebaik mengetahui suaminya bermain kayu tiga, wanita itu tidak bertindak terburu-buru, sebaliknya menanti beberapa hari kemudian, mencadangkan mereka bermain permainan seks yang membolehkan dia mengikat suaminya pada katil mereka.

Ketika lelaki berkenaan baring di atas katil dengan tangan dan kaki diikat, isterinya memotong kemaluannya, lapor stesen televisyen Globo.

Kejadian berlaku di Santos, 77 kilometer ke tenggara Sao Paulo.

Organ itu tidak dapat disambung semula tetapi lelaki itu tidak dalam bahaya. Menurut laporan stesen itu, polis menahan wanita berkenaan untuk didakwa. - AFP

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online