Monday 12 August 2013

Kanak-Kanak Hamil Makin Membimbangkan


Jika melihat tajuk akhbar Kosmo yang mengatakan kanak-kanak hamil luar nikah membimbangkan menyebabkan penulis juga tertanya-tanya. Mengapa kanak-kanak hamil luar nikah. Dah sememangnya kanak-kanak yang belum layak berkahwin, sudah tentu tidak menikah. Kenapa perlu dibimbangkan sedangkan pergaulan bebas bermula apabila kanak-kanak sudah melepasi umur 13 tahun makin menjadi-jadi. Kanak-kanak diistilahkan di Malaysia bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Justeru, ramailah pelajar sekolah yang hamil akibat suka melakukan hubungan seks dengan lelaki yang mereka sukai. Biasanya, kanak-kanak yang berumur 15 tahun sudah boleh melahirkan anak kerana sifat kewanitaan mereka akan mula menonjol pada usia 12 tahun. Jika tidak dibendung dengan gejala porno secara terbuka, tidak mustahil amakin ramai golongan ini yang akan menjadi ibu pada usia seawal 16 tahun.

Kenyataan akhbar mengenai kanak-kanak hamil makin membimbangkan.

SEBUYAU - Semakin ramai kanak-kanak bawah umur 18 tahun di negara ini hamil luar nikah apabila sebanyak 191 kes dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Mei tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dalam kebanyakan kes, golongan tersebut hamil luar nikah kerana melakukan hubungan seks dengan pasangan masing-masing.

"Di bawah Akta Kanak- Kanak 2001, mereka (kanak-kanak) yang hamil akan dilindungi dan ditempatkan di rumah perlindungan sehingga mereka melahirkan anak," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Parlimen Batang Lupar di Dewan Masyarakat Sebuyau di sini hari ini. - KOSMO

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online