Tuesday 20 August 2013

Jika Ingin Dapat Anak, Harus Angkat Kaki Isteri Tinggi-Tinggi

Hanya Lakonan Tetapi Hidup Lakonan Ini

Itulah kata-kata bidan yang dipesan kepada aktor handalan Wan Hanafi Su dalam filem yang menimbulkan kontroversi " Laga". Itu skrip yang dipesan bidan sebelum babak ranjang diadakan diantara Wan Hanafi Su dan Marsha. Aktor berkenaan berkata , bahawa beliau gembira dengan aksi itu. Begitu juga dengan Marsha yang dapat beraksi bersama dalam filem itu. Wan Hanafi Su menyatakan filem itu bukan filem porno tetapi merupakan filem pendidikan seks. Justeru, banyak bloger-bloger diluar sana mengatakan bahawa, aksi seks mereka sangat keterlaluan. Jika itu benar, apa salahnya kerana ia untuk pendidikan seks. Bagi penulis, remaja atau budak-budak zaman sekarang tidak perlu pendidikan seks seperti ini kerana mereka lebih advance atau ke depan dalan hal seksual ini. Apa pun, kita tunggu dan lihat lembaga penapisan filem kelak meluluskan atau tidak babak tersebut.



Artikel tentang pendidikan Seks bukan porno untuk filem Laga:

FILEM Laga belum pun menemui penonton kerana dijangka berada di pawagam pada tahun depan. Bagaimanapun, filem yang mengisahkan permainan sabung ayam itu terlebih dahulu mencuri perhatian apabila sedutan filem itu yang memaparkan babak ranjang mula tersebar di internet.

Walaupun babak ranjang antara aktor tersohor, Wan Hanafi Su dan pelakon jelita, Marsha Milan Londoh diselitkan dalam durasi yang cukup singkat, namun babak atas katil dengan Marsha hanya berkemban itu tetap menimbulkan persoalan.

Mungkinkah pengarah, Ismail Yaacob mempergunakan babak tersebut untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, walhal filem itu dibarisi ramai pelakon handalan lain seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar, Rosyam Nor dan Fadilah Mansor.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, ikuti temu bual Kosmo! bersama Wan Hanafi Su dan juga Marsha yang bergandingan sebagai suami isteri dalam filem itu.

Sedutan filem Laga ada memaparkan babak atas katil antara Marsha dan Wan Hanafi Su yang menunjukkan anda berkemban. Adakah Marsha bersedia dengan impak penerimaan orang ramai? Baca lagi......

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online