Tuesday 13 August 2013

Honda Motosikal Lancar Tiga Model CB500 Terbaru


 CB500X
Kepada peminat motosikal berkuasa tinggi brand Honda, kini anda semua dapat memilih jenis motosikal yang disukai daripada 3 jenis CB500 yang berkongsi asas enjin yang sama iaitu Barisan CB 500 baru terdiri daripada model CB500R Sport, CB500X Adventure dan CB500F Naked. Jika negara kita hanya dikuasai brand Kawasaki dan Yamaha dalam sekelasnya, kini Honda telah memberi satu pilihan yang hebat kepada peminat motosikal. Namun begitu, Honda jika boleh dapat pasarkan honda CB400 CKD yang sangat berkuasa. 


Ketiga-tiganya menggunakan enjin 497cc dua silinder selari DOHC yang disejukkan dengan sistem cecair dan seterusnya melalui kotak gear enam kelajuan untuk menyampaikan kuasa ke atas jalan. Selain itu, brek cakera 320mm dan angkup dua piston di hadapan serta cakera 240mm di belakang CB500 juga dilengkapi dengan brek ABS untuk semua model.


Model CB500 dijangka mendapat sambutan hangat disebabkan saiz dan kapasitinya berada di tahap pertengahan, tidak terlalu kecil sehingga membuatkan penunggang dahagakan lebih kuasa dan tidak terlalu besar sehingga sukar untuk dibawa di dalam bandar.

Harga yang dijangkakan di pasaran Malaysia:

STANDARD ABS
CBR500R RM 28,588 RM 31,888
CB500F RM 28,288 RM 31,388
CB500X RM 28,688 RM 31,988

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online