Friday 9 August 2013

Hilang Di Hutan 40 Tahun Akhirnya Ditemui

Anak dan Ayah Hidup Dalam Hutan selama 40 Tahun Akibat Perang
 
Dua orang lelaki, yang merupakan ayah dan anaknya, dijumpai hidup di tengah hutan Vietnam selepas empat dekad dinyatakan hilang dalam Perang Vietnam. Ho Van Thanh dan putranya Ho Van Lang rupanya meninggalkan desa 40 tahun lalu setelah sebuah bom menewaskan tiga anggota keluarga mereka.
 

Mereka ditemui penduduk tempatan yang sedang mencari kayu bakar di hutan lebat di daerah Tay Tra di Wilayah Quang Ngai. Rabu (7/8/2013) lalu pihak berkuasa menegaskan bahawa kedua-dua orang itu adalah Ho Thanh (82 tahun) dan Ho Lang (41 tahun).
 

Sang ayah dulu menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di dusun Tra Kem pada waktu Perang Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat. Namun, suatu hari isteri dan dua anaknya tewas akibat letupan ranjau. Hal itu membuat Ho Thanh tergoncang. Dia kemudian membawa anak lelakinya yang ketika itu berusia dua tahun dan melarikan diri ke tengah hutan. Setelah itu mereka tidak pernah melakukan hubungan dengan orang lain.


Mereka hidup dengan memakan buah-buahan, ubi kayu dari hutan, dan menanam jagung. Keduanya mengenakan cawat yang diperbuat daripada kulit pokok, dan tinggal di sebuah pondok kayu yang dibina lima meter di atas tanah.

Ketika warga tempatan dari jarak jauh melihat dua "orang hutan" itu berlaku tidak normal, mereka memberitahu pihak berkuasa tempatan. Para pegawai membentuk pasukan untuk mengesan mereka, dan mencari mereka pada Rabu lalu selepas pencarian selama lima jam.

Sang ayah boleh bercakap sedikit bahasa Kor, bahasa suku minoriti setempat, tetapi sang anak hanya dapat mengucapkan beberapa kata. Kedua orang itu kini sedang menjalani medical check-up sebagai langkah pertama untuk disatukan kembali ke dalam masyarakat.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online