Friday 30 August 2013

Hari Sabtu Tayangan Tanda Putera Di Pulau Pinang


Hari Sabtu ini, para penggemar filem tempatan di Pulau Pinang boleh mengunjungi panggung wayang kerana filem kontroversi iaitu Tanda Putera akan ditayangkan. Penulis rasa, ramai penonton dalam kalangan orang Melayu sahaja yang akan menonton filem ini. Bangsa lain terutamanya bangsa Cina tidak langsung berminat dengan filem seperti ini. Justeru, penulis hairan bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang boleh melarang filem ini ditayangkan di Pualaun Pinang. Yang menonton pun filem ini hanyalah mereka yang berminat dan bersikap patriotik Justeru, tidak ada apa pun dalam filem ini yang membutakan Lim Guang Eng melatah. Lihat sahaja, mungkin balas dendam terhadap sebuah filem bangsanya tidak mendapat kelulusan penayangan di pawagam Malaysia buat masa kini.

Kenyataan akhbar:

FILEM patriotik 'Tanda Putera' akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

  
Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.
  
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

  
Namun Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

  
"Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru - NASIHAT bukan ARAHAN," kata Shabery.

  
Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). - Bernama

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online