Sunday 11 August 2013

Hantaran Kahwin Tinggi Haram


Apabila disebut haram, jika pasangan bukan muhrim tidak boleh disentuh. Jika babi, tidak boleh dimakan hatta juga tidak boleh dipelihara. Namun begitu, hantaran kahwin yang tinggi juga dikatakan haram. Bukan penulis suka-suka mengatakan hantaran kahwin tinggi haram sebab ini adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pakar-pakar agama. Bagaimana boleg dikatakan haram itu? Sebenarnya, hantaran tinggi untuk menunjuk-nunjuk itulah yang dikatakan haram. Tapi jika kita mampu, itu tidak menjadi masalah. Kalau kita jutawan sekalipun, usahlah menunjuk-nunjuk. Kerana merendah diri itu lagi bagus.


Kenyataan Hantaran kahwin Tinggi Haram melalui akhbar kosmo:

KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak. Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram. 

Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.

"Perkahwinan adalah satu ibadah dan akan mendapat ganjaran pahala dalam Islam tetapi jika kita melaksanakannya dengan perkara-perkara yang dimurkai Allah, maka hukumnya adalah haram," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Harrussani, budaya meletakkan wang hantaran yang tinggi sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam kerana ia mendorong kepada pembaziran.

Katanya, selain daripada membazir yang merupakan amalan syaitan, ia juga akan membebankan sebelah pihak yang terpaksa menyediakan wang hantaran yang tinggi.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online