Thursday 29 August 2013

Gangster Kuala Lumpur 2 Bocor Dipukul Lanun


Syamsul Yusof telah membuat laporan polis ekoran filem arahanya KL Gangster 2 belum lagi menjengah pasaran telah menjengah pasaran download di internet. Filem arahan beliau belum lagi ditayangkan di pawagam, tetapi telah disabotaj oleh pihak tertentu. Agaknya pihak lanun telah memukul samseng-samseng Kuala Lumpur sehingga orang ramai boleh memuat turun filem tersebut tanpa perlu pergi ke panggung.


Kenyataan akhbar KL Gangster 2 di muqat turun:

FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.


Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.


“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.


“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.


Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”


Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”


Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.


“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.


“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.


Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online