Tuesday 6 August 2013

Gaji Christiano Ronaldo Bakal Mengatasi Gaji Lionel Messi


Khabar angin di Sepanyol bertiup kencang mengatakan bahawa gaji penyerang Real Madrid akan mengatasi gaji Lionel Messi. Ketika ini, gaji pemain Barcelona adalah yang tertinggi di La Liga.Ronaldo bakal memperolehi 17  juta euro dan lebih 1 juta uero daripada Messi. 

Kenyataan akhbar Kompas.com mengenai gaji Ronaldo bakal tertinggi di La Liga

Media Sepanyol yang beribu pejabat di Madrid, Marca, melaporkan bahawa Cristiano Ronaldo sudah sepakat menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid. Akan tetapi, kabar ini belum mendapat pengesahan daripada pemain dengan sebutan CR7 tersebut.

Surat kabar itu mendakwa Presiden Florentino Perez sudah duduk bersama pemain asal Portugal tersebut saat Madrid melakukan tur pramusim di Amerika Syarikat. Mereka membicarakan kemas kini kontrak yang akan membuat bekas pemain Manchester United itu berada di Santiago Bernabeu hingga tahun 2018.

Jika benar, maka Ronaldo akan menjadi pemain dengan gaji tertinggi di La Liga kerana penghasilannya akan mencapai 17 juta euro per musim setelah dipotong cukai untuk lima tahun ke depan. Itu artinya, gaji Ronaldo lebih banyak 1 juta euro dari apa yang diterima Lionel Messi dari Barcelona, dan dia pun memastikan diri akan menghabiskan karier bersama Los Blancos.
 

Setakat ini, Ronaldo berhak atas 60 peratus hak gambar dirinya, dan selebihnya 40 peratus untuk Madrid. Tetapi, dengan kontrak baru nanti, Ronaldo akan menerima lebih besar lagi dari peratusan hak gambarnya.

Beberapa sumber yang dekat dengan Perez dan Ronaldo mengatakan "jelas bahawa saat ini sudah ada pemahaman yang lebih baik lagi di antara mereka", dengan sang pemain sendiri menyedari bahawa dirinya jauh dihargai oleh orang di kelab.
 

Diyakini, Madrid akan mengeluarkan pengumuman secara rasmi mengenai perjanjian tersebut sebelum laga perdana La Liga musim baru pada 17 Ogos akan datang. Mereka pun berharap bintang Tottenham Hotspur yang menjadi incarannya, Gareth Bale, sudah boleh menyertai.
 

Keyakinan bahawa Ronaldo berlangsung di Madrid kerana agennya, Jorge Mendes, mampu meyakinkan pelanggannya tersebut bahawa dia takkan dapat mencari kelab yang lebih baik lagi di dunia selain bermain untuk Madrid.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online