Monday 12 August 2013

Dua Lelaki Bermotosikal Simbah Asid Cederakan Wanita



Begitulah tajuk entri terbaru mengenai perkara yang berlaku di dalam negara kita. Petikan berita ini memaparkan kisah seorang pejalan kaki wanita cedera di muka dan mata kerana disimbah asid. Dua lelaki bermotosikal dikatakan menyimbah asid di persimpangan lampu isyarat. Kisah seperti ini dahulunya panas dan menjadi bualan apabila terdapat lelaki yang suka menyimbah asid ke muka orang. Dan hari ini kita dengar kembali cerita seperti ini. harapan agar pihak berkuasa dapat mengedalikan kes ini agar orang ramai tidak menjadi mangsa.

Kenyataan akhbar utusan Malaysia mengenai tajuk:

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata, kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini.

Amiruddin berkata, akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa. 

Beliau berkata, mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Amiruddin berkata, polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.
"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya. - BERNAMA


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online