Friday 2 August 2013

" Ditipu Mummy Zie "

Mummy Zie
Sebelum berita ini tersebar di akhbar, penulis telah membaca cerita atau kisah penipuan Mama Rock ini di blog saudara Mazidul . Justeru, penulis tidak berasa pelik dengan kes penipuan ini. Jika diimbas kembali kes yang melibatkan perserta umrah dan haji ini sama sahaja dengan ulasan yang ditulis oleh saudara Mazidul dalam blognya. Apa yang pasti kes ini telah lama berlaku dan penulis berasa kasihan melihat ramai peserta yang berkorbar-kobar nak ke tanah suci ditipu oleh emak Zie ini. Jika apa yang didakwa itu benar, makanya si penipu akan menerima balasan yang setimpal terhadap perbuatanya. Mungkin terlepas di dunia, tetapi di akhirat pastinya tidak. 

Berikut kenyataan Bernama mengenai penipuan yang dilakukan oleh Mummy Zie;

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat swasta warganegara Singapura kerugian sejumlah RM684,951 dan hampir menyebabkan jemaah umrahnya tidak dapat menunaikan ibadah selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai ejen umrah dan haji.

Jamaluddin Mohammad, 53, yang menyelia tempahan tiket jemaah umrah dan beroperasi di Johor Baharu itu berkata, wanita terbabit dikenali sebagai 'Mummy Zie' telah menawarkan pakej umrah kepadanya sebelum beliau membuat tempahan tiket sebanyak 204 bagi jemaah umrah yang dijadualkan berangkat pada bulan Mei dan Jun tahun lepas.

"Selepas saya tempah dan serahkan duit, saya hubungi dia berkali-kali tetapi tidak dapat, dia seolah-olah melarikan diri."Keadaan itu membuatkan jemaah umrah saya hampir tidak dapat mengerjakan ibadah mereka, atas rasa tanggungjawab saya membiayai kos pergi dan pulang keseluruhan jemaah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Merasakan ditipu, beliau kemudiannya membuat dua laporan polis iaitu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 31 Januari lalu dan semalam di Ibu Pejabat Polis Dearah Petaling Jaya. Jamaluddin berkata, wanita itu telah menyamar sebagai wakil dan menggunakan nama ejen Mujaddid Travel dalam menjalankan kegiatan penipuannya itu. 


Sebelum ini, media melaporkan wanita yang dikenali sebagai Mummy Zie atau Mama Rock ini juga pernah menipu hampir 4,5000 ahli Persatuan Ibu Tunggal Cempaka Biru daerah Gombak dan Petaling - Bernama.

Baca cerita tentang Mummy Zie atau Mama Rock melalui blog Saudara Mazidulakmal.com
Adakah ini Mama Rock yang diceritakan oleh suadara Mazidul sama yang dilaporkan oleh akhbar ini?

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online